Saturday, July 10, 2010

Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia menjawab

Suatu petang yang damai di dalam sebuah komuter. setiap penumpang menghabiskan waktu petang duduk di kerusi masing2. sesekali bunyi gemerincing roda dan landasan membuatkan mereka memaling dan melontarkan pandangan keluar jendela menghayati arus perjalanan. di dalam gerabak ada yang mengambil masa melelapkan mata, yang lain membaca buku dan majalah. ada juga yang berbual mesra dengan suara yang sederhana.


Tiba di satu stesen, pintu terbuka. menjengah masuk ke dalam seorang bapa dengan dua orang anak lelaki kecilnya. si bapa mencari kerusi yang masih kosong melabuhkan punggung, menyadar diri mencari keselesaan dan terus melelapkan mata. tinggallah kedua-dua orang anak lelaki kecilnya yang berlari dengan bising dari hujung ke hujung, memanjat tiang dan bergayut pada tempat gantung tangan selain bergumpal sesama sendiri sehingga menjatuhkan buku dan majalah penumpang lain.



Penumpang di dalam gerabak itu memandang sesama sendiri dengan wajah marah. suasana gerabak telah berubah menjadi kalut dan merimaskan bahana dua orang anak kecil ini. lebih menyakitkan hati apabila melihat si bapa yang tersandar dan tenggelam dalam dunianya sendiri.



Seorang penumpang bangkit dan duduk di sebelah si bapa dan berkata dengan lembut dan perlahan menahan rasa gerutu, "saudara maafkan saya ..... anak anda sebenarnya sangat mengganggu kami"



Si bapa terkejut sambil membetulkan duduknya dan memohon maaf berkali kali. tiba-tiba kelihatan ada air mata bergenang di kelopak matanya dan suara tersekat di kerongkong. wajahnya berubah, sambil menarik nafas panjang dia seperti menyimpan sesuatu yang sangat berat.



"Sebenarnya pada minggu lepas, isteri saya sering mengadu sakit di bahagian dalam kepalanya. kami pergi ke sebuah hospital pakar dan hasil ujian sangat mengejutkan kerana terdapat satu ketumbuhan yang sedang menekan otak isteri saya dari dalam. dia rupa-rupanya mengalami penyakit lampington. sejak hari itu dia di tahan di hospital dan terpisah dengan dua orang anak kami." tuturnya penuh sayu dengan nada sangat perlahan.



"Saudara ... sejak hari itu dua orang anak saya bertukar menjadi sangat murung. mereka tidak mahu menjamah makanan dan apabila tidur malam pula sering terkejut sambil menjerit memanggil ibunya. tiada yang dapat saya lakukan sama sekali." dia berhenti sambil melontarkan pandangan ke arah kedua-dua anaknya yang leka bermain.



"Semasa melawat isteri saya, dia sering mendesak untuk berjumpa dengan kedua-dua anak ini tetapi kami tidak mendapat kebenaran untuk itu. pada hari semalam sambil menangis dan memegang tangan saya, isteri saya merayu untuk berjumpa dengan anak ini walau dengan berapa harga sekalipun."



Bicaranya terhenti lagi menahan sebak.



"Saya berjumpa dengan pihak atasan dan dengan berat akhirnya kebenaran diberikan untuk saya membawa mereka pada hari ini."



"Semalam apabila saya pulang dan membawa berita gembira ini, anak saya yang murung terus bangkit kegembiraan mereka terus berlari sekeliling rumah dan hampir tidak tidur sepanjang malam kerana bercerita tetang ibu yang mereka rindui dan esok yang sungguh menyeronokkan." tambahnya sambil membetulkan duduknya.



"Hari ini semuanya berjalan lancar, kedua-dua anak saya telah bersiap awal. ketika saya mengunci rumah, anak saya tidak habis-habis menarik saya agar segera bertolak..... Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi, saya menganggkatnya, suara di hujung talian meminta saya segera ke hospital."



Sekali lagi dia berhenti menahan sakit di dalam.



"Panggilan itu memberitahu.... isteri saya telah meninggal dunia."



Kali ini dia berhenti, dia tunduk menahan gelombang sebak di dada. Esakan dan sedu tangisannya jelas kedengaran.



"Saya rasa dunia ini gelap sekali. pedihnya berita ini, peritnya rasa ini. lebih berat lagi saya tidak punya kekuatan dan bahasa untuk menyampaikan berita ini kepada kedua orang anak saya. saya takut untuk memikirkan kebenaran bahawa seminggu yang murung itu hanya sedikit rupanya berbanding hari-hari mendatang yang bakal mereka lalui tanpa belaian seorang ibu." patah bicaranya dalam, sembilu tajam seperti menyayat-nyayat rasanya.



Penumpang tadi tiba2 merasa bahawa segenap rongga hatinya dilimpahi simpati deras yang menyerbu masuk ke setiap penjuru bersama nafasnya. dia menoleh dan melihat wajah comel kedua-dua anak kecil yang masih leka bergumpal, tetapi kali ini dengan pandangan dingin digenangi simpati, amat! dia sempat menjeling ke sekeliling pada wajah penumpang lain yang masih lagi mengerut muka dan mencebik menahan kemarahan.



Dia berfikir

No comments:

Post a Comment