Saturday, July 3, 2010

Lupa Satu Keperluan....

kisah yang dipetik dari buku buat santapan semua....
"Suatu petang pada tahun 1999 setelah habis sesi pengajian petang di universiti, saya dipanggil ke pejabat, ada panggilan telefon untuk saya. Wajah kerani yang meyambut panggilan itu kelihatan gugup.
"Di hujung talian, saya dapati suara abang yang memberi tahu dengan nada bergetar, sarat dengan kesedihan bersama tangisan perlahan ........ Ibu meninggal dunia.
"Saya tidak dapat menggambarkan bagaimana gawat badai dalam hati saat itu .....
"Wajah ibu bermain di ruang mata. Bulan lepas ketika saya bersalam dan itu salam terakhir saya dengan ibu, ibu mencium saya lebih lama daripada biasa... Itu saya masih ingat. Saya mencium dan memeluknya dengan girang tetapi segera berangkat, banyak yang perlu diselesaikan di universiti ...
"Hati saya berkata, kenapa tidak lebih lama menampung kasih sayangnya.
"Apabila pulang ke kampung, saya dapati tubuh ibu telah diselimuti kain putih. Saya meluru mencium ibu semahu-mahunya tapi ibu hanya terkejur kaku dengan wajah lesi dan mata terpejam rapat. Dia tidak mendengar pun esak tangis saya yang pilu.....
"Dada saya hampir pecah membayangkan perpisahan ini ....."

Manusia mesti ada sifat lupa.... Cuba bayangkan andainya sifat ini tiada. Ingatan dan kesedihan terhadap kematian ibu benar-benar segar, tiba-tiba datang pula berita meninggalnya bapa dan kegawatan lain dalam hidup. Bagaimana manusia boleh mengharungi hidup dalam situasi sedemikian??? Bagaimana dada mereka tahan untuk menanggung semua ini???

Atas alasan ini, manusia dibekalkan dengan sifat lupa. Lupa bagi manusia satu keperluan!!!!!

No comments:

Post a Comment